Ketika penonton sedang menyaksikan perlawanan besbol antara Hokkaido Nippon-Ham Fighters dan Yakult Swallows untuk Liga Besbol Nippon di Jepun mereka terkejut apabila melihat tiga hantu yang menyeramkan berkeliaran di padang stadium tersebut.
Boleh pula hantu nak main besbol kan? Nasib baiklah ni gimik semata-mata, kalau betul-betul jadi kami takkan jejak langsung kat mana-mana stadium untuk menyaksikan apa-apa perlawanan sekali pun. Hihi!
Gimik tiga hantu turun ke padang stadium itu adalah untuk mempromosikan sebuah filem seram terbaru bertajuk ’Sadako vs Kayako’. Selain dari hantu Sadako dan Kayako, Toshio, anak fiksyen kayako turut sama berada di padang berkenaan.
Hantu Sadako dan Kayako merupakan dua karakter hantu dari filem seram ‘The Grundge’ dan ‘The Ring’. Meh tengok video ni.
via sumber
0 Comments