Ternak Ayam Jika Mahu Menjadi Kaya - Bill Gates

Bilionair terkaya dunia agih 100,000 ekor anak ayam

NEW YORK 10 Jun - “Ternak ayam jika mahu menjadi orang kaya.”

Demikian kata-kata pengasas Microsoft yang juga bili
onair terkaya dunia, Bill Gates ketika memberikan nasihat dan motivasi kepada golongan miskin untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Ujarnya, menternak ayam mampu dijadikan sebagai ‘senjata’ memerangi kemiskinan dan oleh sebab itu, golongan miskin perlu melakukannya untuk memperbaiki kehidupan masing-ma-sing.
BILL GATES berucap di depan reban ayam yang dibina di dalam sebuah bangunan baharu miliknya bagi menerangkan tentang rancangan penternakan ayam di negara-negara miskin di New York, baru-baru ini.


“Jika saya miskin, saya akan menternak ayam,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Kata-kata perangsang Gates itu bukannya ‘omong kosong’ apabila beliau dan isteri, Melinda melalui Yayasan Bill & Melinda Gates melancarkan projek mengagih-agihkan 100,000 ekor anak ayam ke seluruh negara miskin.

Menurut laporan Mail Online, ayam-ayam berkenaan diagihkan ke 24 buah negara antaranya Burkina Faso dan Bolivia melalui pusat kebajikan Heifer International yang akan mengendalikan operasi agihan.

Gates yang berpegang kepada pepatah ‘jangan berikan ikan kepada seseorang sebaliknya berikan pancing untuk mereka hidup’ berazam untuk memastikan penternak seperti di Afrika Barat mampu meningkatkan pengeluaran ayam sehingga 30 peratus berbanding lima peratus ketika ini.

“Penternak yang mula membe-la lima ekor ayam mampu memperoleh pendapatan AS$1,000 (RM4,040) setahun berbanding garis kemiskinan iaitu AS$700 (RM2,828) setahun,” katanya.

Walau bagaimanapun, Gates mengakui rancangannya itu akan menerima banyak cemuhan.

“Tetapi saya percaya usaha ini akan memberi banyak kesan positif. Memang nampak macam pelik tetapi saya akan kotakan apa yang saya kata,” ujar beliau.

Rujukan: Utusan

via sumber

Post a Comment

0 Comments