Boleh tahan sebak jugalah bila tengok video siberturahim ni. Yelah, perbualan bersama family menerusi group whatsapp memang dah jadi satu kemestian. Sekarang ni hampir semua family dah ada group whatsapp sendiri, sebab itulah kami rasa iklan dari #samsungramadhan ni dekat sangat di hati.
Along left group, tu benda yang selalu jadi. Part Papa add Angah dalam group tu dah buat kami rasa sebak. Bila Angah tanya Along mana, mula dah bergenang air mata kami. Bila Papa add Along balik dalam group dan Along minta maaf pada Angah, terus berjurai air mata ni. Meh tengok video ini:
Air dicencang tiada putus, itulah mesej yang cuba disampaikan menerusi iklan ‘potong bawang’ dari Samsung ini.
Walau masa merubah cara. Kasih keluarga tetap utama.
via sumber
0 Comments