Isu Saman Kerana Tampal 'Sticker' Pada Cermin Kereta, Ini Jawapan PDRM

Viral baru-baru ini di media sosial apabila gambar surat saman seorang pemilik kereta yang didakwa telah melakukan kesalahan menampal sticker pada cermin kenderaannya tersebar.
Surat saman yang dikeluarkan pada 17 Julai 2016 di Jasin, Melaka itu menyatakan bahawa pemilik kereta berkenaan telah melakukan kesalahan menampal sesuatu di cermin keretanya.

Berdasarkan gambar, sticker yang dimaksudkan itu adalah sticker larangan merokok, makan dan sebagainya yang menjadi trend pemilik kereta masa kini.

Hal ini telah mengakibatkan orang ramai menjadi marah dan mempersoalkan di bawah akta dan seksyen mana yang menyebabkan pemilik kenderaan tersebut perlu disaman.


Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, saman itu dikeluarkan bukanlah disebabkan sticker seperti yang diperkatakan tetapi disebabkan oleh plastik warna hitam yang ditampal pada cermin kereta yang menjadikan cermin tersebut gelap.

"Sticker (pelekat) yang dimaksudkan dalam saman itu adalah yang menjadikan cermin kereta gelap. Dia tampal plastik warna hitam. Bukannya pelekat seperti yang diviralkan itu," tegas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah.
Tambahnya lagi, pemilik kenderaan tersebut juga jelas dengan surat saman tersebut tetapi perkara tersebut telah diviralkan oleh rakannya yang tidak tahu cerita sebenar.

"Kita kalau pasal 'sticker' (pelekat) langsung tidak pernah saman, pakailah pelekat kelab kereta ke, kelab golf ke, tak pernah saman. Yang kita saman tampal plastik yang jadikan cermin gelap," katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, pihaknya meminta agar anggota yang terbabit dengan isu ini supaya membuat laporan polis dan menasihatkan orang ramai supaya jangan viralkan perkara tanpa mengetahui fakta sebenar. Dapatkan pengesahan daripada pihak polis adalah lebih baik.

Rujukan: SaysSeismik


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments