Wahid Satay meninggal dunia

BINTANG nostalgia, Wahid Satay menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 93 tahun di Singapura, sekitar jam 8 pagi ini.

Menurut teman rapat arwah iaitu Rusedah Tawahid, punca kematian belum dapat disahkan namun memaklumkan arwah memang sudah uzur kerana sakit tua.

“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia, pagi ini.

“Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua.

“Bagaimanapun, saya tidak dapat memastikan punca kematian Seniman Legenda ini,” kata Rusedah.

Terdahulu, tersebar berita duka itu disebarkan dalam kumpulan WhatsApp tanpa butir terperinci.

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan, dunia seni kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, Seniman Wahid Satay atau Abdul Wahid bin Ahmad kembali ke rahmatullah sekitar jam 8 pagi pada 22 Mei 2023 di Singapura pada usia 93 tahun.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Aamiin. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Kerjaya lakonan arwah bermula ketika bekerja sebagai tukang cat di Studio Cathay Keris. Bermula dari filem berjudul Pontianak diikut beberapa filem lakonan beliau dengan memegang watak utama antaranya Sumpah Pontianak (1958), Che Mamat Parang Tumpul (1960), Badang (1962) dan Naga Tasik Chini (1966) berjaya mengekalkan popularitinya sebagai pelakon dengan gaji bulanan sebagai residen artis sebanyak RM600.

Filem terakhir lakonannya ialah Senario XX yang diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd pada 2005.

Bakat dan kebolehan arwah bukan setakat berlakon dan meniru suara burung, ayam dan pelbagai lagi.

Malah, setiap kali membuat persembahan pentas arwah lebih suka meniru gaya pelakon komedi Hollywood iaitu Jerry Lewis sehingga beliau digelar ‘Jerry Lewis Malaya’.

The post Wahid Satay meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments