Khairuddin sudah dikompaun RM1,000

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, sudah dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.

Mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warga negara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan virus COVID-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya, berkata Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

"Ekoran kegagalannya mematuhi peraturan mengikut akta berkenaan, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) sudah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada beliau pada 7 Ogos lalu.

"Beliau sudah membayar kompaun berkenaan," kata KKM menerusi satu kenyataan di hari ini.

Menurut KKM, Mohd Khairuddin pulang ke negara ini dari Turki pada 7 Julai lalu sebelum menjalani ujian pengambilan sampel 'nasopharyngeal swab' kali pertama pada hari yang sama yang didapati negatif.

"Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif," kata KKM tanpa menyatakan tarikh bila ujian kedua dan ketiga itu dijalankan terhadap menteri berkenaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ketika sesi persidangan Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai tidakpatuhan arahan kuarantin wajib oleh Mohd Khairuddin.

Berikutan itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dikritik banyak pihak kerana mengingkari arahan kuarantin wajib seperti diarahkan pihak berkuasa.

Berita berkaitan:



Sumber : Khairuddin sudah dikompaun RM1,000

Post a Comment

0 Comments