
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari berdepan kritikan pelbagai lapisan masyarakat, akhirnya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, memohon maaf kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Mengambil tanggungjawab itu, Mohd Khairuddin juga memulangkan gajinya sebagai menteri, bermula Mei hingga bulan ini, untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19).
Beliau berkata, langkah itu adalah bagi memohon maaf dan sebagai bertanggungjawab atas kesilapannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib bulan lalu, yang menyebabkan beliau dikompaun RM1,000.
Berita berkaitan:
Sumber : Akhirnya, Menteri mohon maaf, sumbang gaji empat bulan
0 Comments