Takut Tersalah Tafsir, Baca Makna Sebenar Pemberian Bunga Ros!

colourful-rose-basket

Oleh Razzlyn Rosli.

Pemberian bunga ros memang sinonim untuk melambangkan tanda cinta, kasih sayang dan menghargai kepada si penerima. Namun begitu, tahukah anda setiap kuntun pemberian dan warna bunga ros mempunyai makna tersendiri.

Bagi si penerima bunga pula, pasti anda tertanya – tanya dan teringin untuk mengetahui rahsia sebenar isi hati si pemberi.  Namun begitu si pemberi juga perlu mengetahui warna dan bilangan bunga ros yang diberi. Kalau tersalah tafsir kang susah pula ye.

1. Bunga Ros Merah

Membawa maksud cinta dan sayang. Kebiasaannya bunga ros merah untuk menyampaikan kata “I Love You”. Namun kerana bunga ros sering dikaitkan dengan warna merah, maka ia juga turut diberikan untuk menunjukkan rasa penghargaan dan juga untuk majlis rasmi.
2. Bunga Ros Merah Jambu (Pink)

Bunga ros pink kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira. Ros pink sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

3. Bunga Ros Putih

Bunga ros kuning pula melambangkan persahabatan dan juga permulaan kepada suatu yang baru, contohnya perhubungan yang baru. Bunga ros kuning juga boleh diberikan untuk mengucapkan tahniah di atas sesuatu kejayaan.

4. Bunga Ros Putih

Bunga ros putih sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Sesuai dengan maksudnya, bunga ros putih sering dijadikan gubahan di hari perkahwinan.

5. Bunga Ros Ungu

Biarpun memberi atau menerima bunga ros ungu bukan sesuatu yang sering kita lihat atau dengar, tetapi bunga ros ungu tetap membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama.

6. Bunga Ros Oren 

Bunga ros oren pula sering diberi sebagai tanda pengharapan iaitu untuk meluahkan rasa ingin memiliki perhubungan yang lebih bermakna. Bunga ros oren juga sesuai diberi kepada rakan kongsi sebagai tanda kerjasama dalam perniagaan.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments