Jam Loceng Lengkap Dengan Pisau Dan Papan Pemotong Ini Pasti Boleh Kejutkan Anda Dengan Mudah

CpO2wEgVYAAVitb

Imej dari Twitter

Biarpun jam loceng tradisional mempunyai bunyi yang kuat namun ia masih tidak berjaya mengejutkan segelintir orang.

Sebuah syarikat di Jepun tampil dengan satu inovasi unik yang mampu membantu mengatasi masalah tersebut dengan menghasilkan Jikkalarm, sebuah jam loceng yang dilengkapi dengan pisau, papan pemotong dan mangkuk kecil yang selalu digunakan untuk mengisi sup miso.

Apa yang uniknya tentang jam ini adalah ia akan menegeluarkan bunyi nyaring serta bunyi pisau sedang mencicang sesuatu. Selain itu ia juga akan mengeluarkan bau sup miso.

Yang pasti, dengan jam loceng jenis ini pengguna akan segera bangun dari tidur kerana takutkan bunyi pisau yang terlalu dekat dengan telinga mereka.

Keadaan itu sekali gus membuatkan pengguna segera ba­ngun dari tidur kerana bunyi pisau yang mencincang agak menakutkan kerana begitu dekat di telinga.

Bagaimanapun produk ini masih belum lagi di pasarkan dan ianya hanya akan di pamerkan kepada umum di Pameran Pengguna Tokyo 2016 nanti.

Jikkalarm_0

Imej dari Dailymail

Sumber: Dailymail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments