TERKINI: Kelantan tarik diri dari Liga M 2017

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017.

Setiausaha KAFA , Datuk Ismail Md Noor, berkata mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan malam kelmarin sudah mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan.

Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember nanti sekiranya berlaku keajaiban hingga mengubah keputusan asal.

"Keputusan untuk menarik diri dibuat selepas mendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA kerana sehingga kini kita masih gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.

"Usaha berterusan sudah dilakukan oleh  KAFA bagi mencari dana kewangan setakat ini masih  gagal dan menemui jalan buntu. Kita hanya mampu meneruskan Liga M sekiranya ada penyelamat hadir pada saat-saat terakhir," katanya ketika dihubungi.

Datuk Ismail berkata, KAFA memerlukan minima RM3 juta untuk menubuhkan pasukan dan RM12 juta lagi bagi kos pembiayaan mengurus pasukan sepanjang tahun.

"Ini ini akan dibahaskan dalam kongres luar biasa dalam menentukan penyertaan Kelantan pada Liga M," katanya.

Terdahulu, Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah mengumumkan pihaknya akan mengadakan Kongres Luar Biasa pada 29 Disember ini bagi membuat keputusan muktamad mengenai kedudukan pasukan itu dalam Liga M, musim depan.

Katanya, kemampuan KAFA menyertai liga M bergantung kepada setakat mana jumlah penajaan dan kewangan bagi kos pengurusan pasukan dan setakat ini pihaknya hanya memperoleh RM800,000.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments