Empat sekatan jalan, 11 laluan tikus dikenal pasti

SUNGAI PETANI: Polis mengadakan empat sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Aman Jaya, tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kawasan terbabit adalah di Ambangan Height membabitkan Zon Melur, Kenanga dan Mawar yang membabitkan keluasan 9.19 kilometer (km).

Beliau berkata, selain itu pihaknya juga sudah bersiap siaga dengan mengatur beberapa penugasan untuk melaksanakan arahan itu di kawasan yang terbabit.

"Kita dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan arahan mendirikan SJR untuk membantu mengekang individu yang diarahkan untuk kuarantin di rumah.

"Selain itu, 11 laluan tikus dikenal pasti di kawasan itu dan akan dibantu penutupan oleh agensi yang berkaitan," katanya di sini hari ini.

Adzli berkata, setakat ini seramai 26 pegawai, 93 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, batu konkrit akan digunakan untuk menutup laluan yang sekitar kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan PKPD dilaksanakan di Aman Jaya, Sungai Petani sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

PKPD Secara Pentadbiran ini membabitkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah dan kesemua akan disaring.



Sumber : Empat sekatan jalan, 11 laluan tikus dikenal pasti

Post a Comment

0 Comments