Model British nyaris dilelong untuk seks

ROME: Seorang model British diculik selama seminggu oleh seorang rakyat Poland yang cuba melelongnya sebagai hamba seks di sebuah laman web haram.

Mangsa yang dirahsiakan identitinya itu disuntik dengan dadah di lengan selepas diperdaya untuk menghadiri satu sesi penggambaran di stesen Milan, 11 Julai lalu.

Penculik berkenaan bersama rakan subahat didakwa membogelkan, merakam gambar dan mengikat wanita terbabit sebelum menyembunyikannya di sebuah perkampungan kecil di Borgial, timur laut Piedmont.

Lukasz Pawel Herba, 30, dituduh merancang penculikan berkenaan dan memberi keterangan yang disifatkan oleh barisan pendakwa sebagai diragui.

Pasukan penyiasat sehingga kini tidak memastikan sama ada tertuduh benar-benar ingin melelong mangsa di laman web itu atau ia hanya satu ugutan bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah 300,000 euro (RM1.5 juta) dalam bentuk wang tunai maya Bitcoin daripada ejen mangsa serta keluarganya.

Sehingga kini, lelongan itu tidak mendapat sambutan, justeru pihak berkuasa tidak dapat memastikan sama ada suspek memiliki keupayaan untuk menganjurkan aktiviti seumpama itu atau ia hanya sekadar satu rekaan.

Timbalan Pendakwa Milan, Paolo Storari, berkata suspek adalah seorang lelaki berbahaya yang sanggup menggunakan dadah bagi menculik mangsa.

Mangsa dibebaskan pada 17 Julai lalu berhampiran pejabat Konsulat British, iaitu lokasi sama suspek ditahan. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments