5 Muzium Pelik YangTerdapat Di Dunia

5 muzium pelik yang terdapat di dunia yang menyimpan koleksi barangan pelik yang tak kita jangka.

Berikut merupakan senarai muzium pelik yang anda mungkin tak pernah tahu.

1. Muzium seni hodoh, Amerika Syarikat

screen-shot-2017-02-20-at-11-18-08-am

Muzium MOBA (Museum Bad of Art) ini khas bagi menghargai individu yang tidak memiliki bakat seni. Ia terletak di Boston dan menempatkan lebih dari 600 karya seni.

2. Muzium tandas, India

screen-shot-2017-02-20-at-11-19-04-am

Koleksi sejarah tandas, dari zaman purba hingga moden disimpan di dalam Muzium Antarabangsa Tandas di New Delhi. Pelik kan?

3. Muzium Patah Hati, Croatia

screen-shot-2017-02-20-at-11-20-43-am

Koleksi yang terdapat di dalam muzium ini merupakan sumbangan daripada individu yang patah hati. Barang kenangan saat manis bercinta disumbangkan oleh individu yang kecewa dari seluruh negara.

4. Muzium kematian, Thailand

screen-shot-2017-02-20-at-11-19-13-am

Muzium yang kurang dikenali ini terletak di tebing sungai Chao Phraya di Bangkok. Koleksi barang-barang yang terdapat di dalam muzium ini boleh dikatakan agak mengerikan kerana ia menempatkan keratan tubuh serta organ manusia dan termasuklah mayat pembunuh.

5. Muzium Rambut Avanos, Kanada

098100500_1461837660-x27-1461738308-avanos-hair-museum-jpg-pagespeed-ic-ctad-nr2oy

Muzium ini terletak di dalam gua kecil di Kanada. Terdapat lebih dari 16,000 koleksi rambut wanita dari seluruh dunia. 

Sumber: themalaymailonline & liputan6

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments