Guna Perkhidmatan Drive Thru, Beri Penghormatan Terakhir Kepada Keluarga Si Mati

Pelik tapi benar. Sebuah syarikat di Jepun menawarkan perkhidmatan pandu lalu bagi memberikan penghormatan kepada keluarga si mati tanpa perlu keluar dari kereta.

Individu yang ingin memberikan penghormatan kepada waris si mati hanya perlu menurunkan tingkap kereta mereka. Upacara pengebumian juga boleh ditonton melalui skrin.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, nama perlu didaftarkan pada skrin sesentuh tablet yang disediakan.

Perkhidmatan ini akan dilancarkan pada Disember ini dan syarikat tersebut turut mendakwa, perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan pertama di Jepun.

Sumber

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments