Banjir landa Georgetown

GEORGETOWN: Hujan lebat sejak malam tadi, menyebabkan beberapa kawasan sekitar bandar raya ini dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.

Antara kawasan terjejas adalah Jalan Masjid Negeri, Jalan P Ramlee, Jalan Kuantan, Jalan Perak, Jalan Batu Ferringhi dan sekitar Bayan Lepas.

Angin kencang turut mengakibatkan kejadian pokok tumbang di kawasan Paya Terubong awal pagi tadi, menyebabkan kawasan terbabit mengalami kesesakan trafik ketika ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, pihaknya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir.

"Setakat ini kawasan paling terjejas adalah di Jalan P Ramlee dengan air dilaporkan naik sehingga 0.3 meter, namun keadaan masih terkawal.

"Kita sudah menempatkan bot penyelamat di kawasan berkenaan dan membantu mengangkut pelajar ke sekolah," katanya ketika ditemui pagi ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments