Cuti umum ‘tiba-tiba’ sebabkan majikan tertekan

Image may contain: 3 people, people sitting, screen, office and indoor

SHAH ALAM – Pengisytiharan cuti umum secara tiba-tiba sememangnya menjejaskan produktiviti pekerja.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pengisytiharan cuti umum tidak dirancang dan berlaku secara tiba-tiba mengakibatkan majikan tertekan.

Beliau berkata, contoh yang jelas adalah ketika pengisytiharan cuti umum yang dibuat pada malam 30 Ogos baru-baru ini. Diikuti pula, 31 Ogos cuti umum sempena Hari Merdeka, kemudian cuti umum sempena Hari Raya Aidil Adha.

Justeru, beliau berkata, golongan majikan antara yang terkesan kerana majikan tidak diberi masa yang sesuai untuk membuat persediaan terhadap cuti berkenaan.

“Mereka kebanyakannya terpaksa menutup operasi pada hari itu dan sudah tentu ia memberi kesan negatif terhadap operasi syarikat, terutamanya kepada mereka yang mempunyai order yang perlu dipenuhi.

“Jumlah gaji yang perlu dibayar majikan dalam sektor swasta untuk satu hari mencecah RM18 bilion atau kos gaji sehari adalah RM600 juta,”katanya.

Oleh sebab itu, beliau berkata, adalah disarankan jika ada keperluan untuk isytihar cuti umum, ianya perlu dibuat lebih awal.

“Kalau pun ada keperluan untuk isytihar cuti umum, ia harus dibuat sekurang-kurangnya seminggu awal, supaya syarikat boleh membuat perancangan yang sewajarnya,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments