Pemberontak Rohingya isytihar gencatan senjata

Image may contain: one or more people, crowd, tree, sky and outdoor

BANGKOK/COX’S BAZAR: Pemberontak Rohingya mengisytiharkan gencatan senjata selama sebulan mulai hari ini, bagi membolehkan penyaluran bantuan bagi menangani masalah krisis kemanusiaan di barat laut Myanmar.

Hampir 300,000 Rohingya sudah melarikan diri ke Bangladesh, selain 30,000 penduduk bukan Islam dipindahkan di Myanmar.

Ia susulan serangan balas oleh pihak tentera selepas pemberontak yang dianggotai Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) menyerang 30 pusat pemeriksaan polis dan pangkalan tentera pada 25 Ogos lalu.

“ARSA menyeru semua pihak supaya meneruskan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada semua mangsa yang berdepan dengan krisis kemanusiaan, tanpa mengira etnik dan agama sepanjang tempoh gencatan senjata,” kata ARSA dalam satu kenyataan. – Reuters

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments