Netizen kecam aplikasi AyoPoligami

Image may contain: 1 person

JAKARTA: Isu poligami menjadi subjek kontroversi di Indonesia, jadi ketika aplikasi janji temu secara online, AyoPoligami dilancarkan, ia mendapat kecaman hebat netizen.

Dilancarkan pada 12 April lalu, AyoPoligami menawarkan satu ruangan di mana ahlinya boleh mendedahkan status perkahwinan mereka berserta surat kebenaran isteri mereka untuk berpoligami.

Elma Adisya, seorang pelatih di majalah maya, Magdalene, menyelar pelancaran aplikasi tersebut dengan menulis artikel mengenai kesan poligami terhadap anak-anak.

Dia menyiarkan artikel yang menjadi tular menyebabkan netizen seperti Miranti Adelia memuatnaik aplikasi tersebut.

Apabila Elma mencuba aplikasi itu buat pertama kalinya, dia mendapati AyoPoligami didominasi golongan lelaki.

Miranti bagaimanapun menyedari bahawa pengguna wanita juga wujud.

“Mereka mungkin menyamar sebagai seseorang atau melakukan kajian seperti saya,” katanya.

Semasa kajian mereka, Elma dan Miranti menjumpai pelbagai jenis lelaki.

Elma berkata tidak semua menyertai aplikasi itu dengan kebenaran isteri mereka.

Sementara itu, Miranti berinteraksi dengan lelaki yang terdiri daripada mereka yang bersopan santun sehinggalah mereka yang sekadar mahu berborak mengenai seks.

Pemilik dan pengasas AyoPoligami, Lindu Cipta Pranayama memberitahu The Jakarta Post bahawa aplikasi itu dibangunkan berdasarkan pengalaman peribadinya dalam beberapa laman web janji temu.

“Pada awalnya, kami membangunkan laman web janji temu untuk golongan bujang tetapi semasa tempoh pembangunan, isu poligasi meningkat,” kata Lindu.

Berdasarkan pemerhatiannya, poligami boleh memusnahkan rumah tangga apabila suami tidak memaklumkan isteri mereka mengenai niat untuk mempunyai isteri kedua.

“Ia menyakitkan wanita,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments