PUTRAJAYA: Sebanyak 69,255 kes direkodkan di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga semalam dengan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi.
Statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menunjukkan sebanyak 37,804 kes denggi dilaporkan di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (6,544), Johor (6,219), Perak (4,793), Negeri Sembilan (2,714) dan Kelantan (2,238).
Kes paling rendah adalah di Labuan dengan hanya 65 direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.
Pada masa sama, sebanyak 153 jumlah kematian akibat denggi direkodkan dalam tempoh Januari hingga 16 September lalu.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah pencegahan dan kawalan perlu sentiasa diambil supaya aliran pertambahan kes denggi pada penghujung tahun dapat dibendung.
Katanya, masyarakat perlu memastikan persekitaran kediaman masing-masing bersih serta bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
Beliau berkata, tindakan pencegahan daripada oleh dan individu dapat membantu mengurangkan populasi aedes sebagai penyebar virus denggi.
Selain itu, perubahan cuaca apabila musim hujan yang menyebabkan banyak takungan air, memudahkan nyamuk mencari tempat bertelur dan meningkatkan populasi.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments