Mexico City dilanda gempa lagi

NEW YORK: Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda tenggara bandar Matias Romero di Oaxaca di Mexico, sebentar tadi.

Gegaran susulan turut direkodkan berlaku dan penggera seismik dibunyikan hari ini di Mexico City, yang dilanda gempa bumi terkuat dalam tempoh berdekad-dekad lamanya.

Gempa bumi dengan kekuatan 7.1 magnitud yang berlaku pada Selasa lalu, memusnahkan lebih 50 bangunan di Mexico City dan menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.

Angka korban akibat gempa bumi itu dicatatkan seramai 300 orang. - Reuters



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments