ALCANIZ: Selepas tiga minggu berehat kerana menjalani pembedahan susulan patah kaki, Valentino Rossi mencuri tumpuan selepas memastikan kedudukan di barisan depan untuk memulakan perlumbaan di petak ketiga Grand Prix Aragon, esok.
Walaupun kakinya masih berbalut, juara dunia sembilan kali itu masih berjaya mempamerkan tunggangan hebat untuk merakamkan masa terpantas di belakang rakan sepasukan, Maverick Vinales dan penunggang Ducati, Jorge Lorenzo.
AKSI Valentino Rossi pada sesi ujian masa Moto GP Aragon di Litar Motorland, sebentar tadi. - Foto AFP/Javier Soriano
Vinales mencatatkan masa terpantas, 1 minit 47.635 saat untuk berkelebihan 0.1s berbanding Lorenzo diikuti Rossi (1:47.815s).
Juara dunia, Marc Marquez merakam masa kelima terpantas untuk menyertai Cal Crutchlow dan Dani Pedrosa di barisan kedua.
Rossi yang menghuni kedudukan keempat dalam senarai pendahulu keseluruhan patah kaki ketika menjalani latihan pada 31 Ogos lalu.
PELUMBA Movistar Yamaha, Maverick Vinales (tengah) bersama pelumba Ducati, Jorge Lorenzo (kiri) dan Valentino Rossi selepas selesai ujian masa Moto GP Aragon di Litar Motorland, sebentar tadi. - Foto AFP/Javier Soriano
Susulan pembedahan dan rawatan yang dilakukan bersama pasukan perubatan pasukan, Rossi hanya dijangka akan kembali ke perlumbaan GP Jepun, pertengahan bulan depan.
Bagaimanapun, pelumba 38 tahun itu tidak sabar dan menyasarkan kejuaraan dunia ke 10, juga kali kelapan dalam kategori utama. - AFP
Keputusan kelayakan GP Aragon
1. Maverick Vinales (Sepanyol) Yamaha 1:47.635s
2. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Ducati 1:47.735s
3. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 1:47.815s
4. Cal Crutchlow (Britain) Honda 1:47.830s
5. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 1:47.963s
6. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 1:48.107s
7. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 1:48.137s
8. Aleix Espargaro (Sepanyol) Aprilia 1:48.159s
9. Alvaro Bautista (Sepanyol) Ducati 1:48.187s
10. Andrea Iannone (Itali) Suzuki 1:48.289s
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments