Petani muda didakwa perkosa kekasih sendiri 10 kali dalam sebulan

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

KOTA BHARU – Seorang petani dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini, hari ini, atas 10 tuduhan merogol kekasih berusia 15 tahun empat bulan.

Tertuduh, Mohamad Faizuan Awang Chik, 23, bagaimanapun tidak mengaku salah atas semua tuduhan itu.

Dakwaan dibuat di hadapan Hakim, Nazri Ismail.

Tertuduh didakwa merogol mangsa antara jam 1 dan 6 pagi pada tarikh 20, 22, 23, 25, 27 dan 29 Ogos lalu serta antara jam 2 hingga 5 pagi pada 11,13,14 dan 15 September lalu.

Kesemua kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Kandis, Bachok, antara tempoh 20 Ogos 2017 hingga 15 September lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments