KABUL: Seramai 22 mangsa maut, manakala 16 disahkan cedera selepas seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid Syiah di ibu kota Kabul dekat sini, kata seorang pegawai keselamatan malam tadi.
Serangan berlaku di masjid Imam Zaman di barat Dasht-e-Barchi, ketika sekumpulan jemaah Syiah sedang bersolat.
Seorang pegawai keselamatan berkata, angka sebenar korban masih tidak diketahui tetapi pasukan keselamatan di tempat kejadian sudah mengeluarkan sekurang-kurangnya 22 mayat.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan minggu lalu, penduduk Syiah di Afghanistan sering menjadi sasaran sepanjang tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh, manakala 194 lagi cedera dalam serangan ke atas masjid dan upacara keagamaan mereka,
Antaranya adalah dua serangan ke atas masjid di Kabul pada Ogos dan September lalu. - Reuters
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments