KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 rangka mesin slot dan mesin simulator dirampas dalam dua serbuan di Wisma Sentral, Jalan Ampang dekat sini, malam ini.
Dalam serbuan jam 8 malam membabitkan kira-kira 20 anggota dan empat pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya membuat serbuan di enam premis judi dalam talian di daerah ini.
"Antara lokasi serbuan adalah Wisma Sentral Jalan Ampang, Jalan Setiawan, Jalan Lumut, Kompleks Elektronik Ace Jalan Pasar Baru dan Jalan Loke Yew.
"Dalam serbuan di Wisma Sentral kami menemui 38 rangka yang ditinggalkan oleh sindiket mesin perjudian dalam talian," katanya.
Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengumumkan pihaknya menubuhkan jawatankuasa khas bagi membanteras aktiviti perjudian dalam talian di negara ini pada 27 September lalu.
Katanya, jawatankuasa yang dikenali Jawatankuasa Pembanteras Perjudian itu akan menjalankan operasi dan pendakwaan ke atas premis perjudian di seluruh negara.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments