KUALA LUMPUR: Seramai 64 peserta menyertai Pertandingan Golf Terbuka UDA di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, dekat sini. petang tadi.
Program antara lain bertujuan merapatkan silaturahim antara Kumpulan UDA Holdings dengan rakan strategik mereka yang merangkumi pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, selain sektor swasta dan media.
Turut serta adalah Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Dr Mohd Shafei sejurus selepas pertandingan berakhir.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments