MANCHESTER: Manchester City meraih kelebihan lima mata untuk terus kekal di puncak persada Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mudah membenam Burnley 3-0, di Stadium Etihad, sebentar tadi.
Lebih manis, Sergio Aguero berjaya menyamai rekod sebagai penjaring terbanyak City ketika membantu kemenangan itu menerusi gol pertama, hasil sepakan penalti pada minit ke-30.
City tidak memperagakan aksi terbaiknya apabila pertahanan Burnley berjaya bertahan dengan kemas, sehinggalah pengadil menghadiahkan penalti apabila Bernardo Silva dijatuhkan penjaga gol, Nick Pope.
Aguero mudah menyempurnakan penalti itu untuk merekod jaringan ke-177, yang menyamai pencapaian Eric Brook.
Nicolas Otamendi kemudiannya melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-73 dan Leroy Sane memastikan City meraih mata penuh dengan jaringan ketiga dua minit berselang. - Reuters
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments