Huddersfield malukan United

LONDON: Manchester United tewas mengejut 1-2, di tangan pendatang baharu, Huddersfield Town sebentar tadi, sekaligus membolehkan Manchester City kelebihan lima mata di puncak persada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Aaron Mooy dan Laurent Depoitre masing-masing meledak satu gol pada minit ke-28 dan minit ke-33 di Stadium John Smith, untuk memberikan kemenangan pertama buat Huddersfield ke atas United sejak 1952.

PEMAIN pertahanan Manchester United, Phil Jones mengekang pergerakan pemain Huddersfield Town, Aaron Mooy pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium John Smith, malam tadi. - Foto Reuters

Keputusan itu turut menyaksikan anak buah Jose Mourinho tewas buat kali pertama dalam kempen liga musim ini.

United yang diikat tanpa jaringan ketika menentang Liverpool minggu lalu mengurangkan defisit menerusi pemain gantian, Marcus Rashford pada minit ke-78.

Mengulas mengenai kekalahan mengejut itu, Mourinho mengakui pasukannya gagal beraksi dengan baik dan membenarkan lawan meraih dua gol awal.

"Pasukan yang terbaik akan menang. Saya akan menganalisa perlawanan ini untuk melihat kelemahan dan perkara yang perlu diperbaiki.

PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho kecewa selepas tewas mengejut kepada Huddersfield Town, sebentar tadi. - Foto Reuters

"Kami tidak menjangka mereka mendapat dua gol," katanya yang terkejut selepas lawan mendapat gol mudah, namun menegaskan pemainnya beraksi lebih baik di babak kedua.

"Kami dihukum kerana kesilapan sendiri. Di babak kedua, kami lebih agresif tetapi belum cukup walaupun untuk seri," - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments