Imej dari The Telegraph
Siapa yang tak nak nampak cantik kan?
Satu kajian yang dijalankan ke atas 85,000 responden mendapati, kaum wanita yang tidur sebelum jam 11 malam cenderung untuk jaga pemakanan mereka. Malah, mereka lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding yang tidur selepas jam 11 malam dan disebabkan itu mereka nampak lebih cantik.
Tabiat berjaga hingga lewat malam akan membuatkan kulit menjadi kusam, kering dan mudah untuk berjerawat.
Difahamkan, amalan tidur awal ini juga mampu untuk menurunkan berat badan tanpa berdiet.
Ini cara mudah untuk kekal sihat dan cantik tanpa mengeluarkan sesen pun. Selamat mencuba!
Sumber: Hanasuva
0 Comments