Bila terjumpa thumbdrive bukan milik anda, jangan main cucuk je kat komputer. Sebaiknya, elakkan dari menggunakan thumbrive tersebut.
Tahukah anda thumbdrive bukan milik anda berkemungkinan besar mempunyai virus.
Satu kajian yang dijalankan oleh Google, University of Illinois Urbana-Champaign dan University of Michigan mendapati ramai yang gemar menggunakan thumbdrive yang mereka jumpa.
Berdasarkan dari kajian, seramai 48% mangsa menggunakan thumbdrive terus ke komputer mereka.
Tanpa disedari, virus yang terdapat pada thumbrive itu telah menjangkiti komputer meskipun offline.
Penggodam biasanya menggunakan helah sebegini untuk mendapatkan data privasi seperti password, nombor akaun dan maklumat peribadi dari komputer seseorang.
Jadi, jangan sesekali guna thumbrive orang lain jika tidak mahu mengalami nasib seperti ini
Sumber
0 Comments