Medklinn bakal lancar produk sedut kuman

KUALA LUMPUR: Pengeluar produk kesihatan global, Medklinn bakal melancarkan produk baharu menggunakan teknologi 'wireless' untuk membersihkan udara dan menyedut kuman dalam kenderaan, Disember ini.

Sebelum ini, syarikat tempatan itu sudah memperkenalkan produk sama iaitu Asens Auto, menggunakan teknologi CeraFusion Ion.

Pengarah Urusan Medklinn, Peter Tham, berkata produk baharu itu bukan sahaja mampu mengasingkan atau menapis benda asing yang boleh memudaratkan kesihatan seperti bakteria tetapi terbukti menyelesaikan alergi pernafasan.

"Kajian klinikal Universiti Australia turut mendedahkan produk Medklinn meningkatkan imunisasi (daya tahan) dan menyelesaikan simptom akibat alergi rhinitis dan sinus.

"Produk mudah alih (mobile) akan memudahkan pengguna mengsteril udara dalam kenderaan dengan kemampuan menghapuskan sehingga 99.9 peratus agen pencemaran merbahaya.

"Ia juga akan membebaskan ion yang boleh mencegah karsinogen, penyebab barah. Kita akan dedahkan spesifikasi lengkap pada hari pelancaran nanti.

"Saya jangkakan sambutan orang ramai terhadap produk keperluan wajib dimiliki ini tinggi seperti mana, produk penapis udara terdahulu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Lu.

Peter berkata kebanyakan warga kota menghabiskan dua pertiga masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas setiap hari untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Katanya, ramai tidak mengetahui udara di dalam kenderaan yang terperap akan membiak lebih banyak bakteria kerana udara lembap berlegar-legar ketika membuka dan menutup tingkap kereta.

"Sistem pendingin hawa kenderaan juga boleh memerangkap bakteria dan menyebarkan kepada mereka yang berada di dalam kenderaan untuk jangka masa lama," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai disyor menggunakan produk penstrerilan bakteria untuk menghapuskan udara kotor yang berisiko menyebarkan punca jangkitan penyakit berkaitan pernafasan.

Udara kotor menyebabkan orang ramai mudah diserang selsema dan sinus selain, berisiko tinggi meruntuhkan imuniti berkelompok dalam masyarakat di negara ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments