PASIR MAS: “Saya tidak akan menghalang jika ditakdirkan Datuk Seri Vida menjadi menantu,” kata ibu kepada Ahmad Iqbal Zulkefli yang juga pembantu peribadi jutawan kosmetik itu.
Bagaimanapun, Maznuni Che Yusof, 49, berkata hubungan Ahmad Iqbal, 23, dengan Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman hanyalah sebagai seorang pekerja dengan majikan.
“Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah.
“Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Banggol Chicha, di sini, hari ini.
Beliau mengakui banyak menerima pertanyaan daripada rakan dan saudara-mara mengenai hubungan anak ketiganya dengan Vida.
AHMAD Iqbal dan ibunya – Foto Jamiah Shukri.
Nama Iqbal menjadi perbualan hangat di laman sosial apabila pelbagai andaian netizan mengenai hubungannya dengan Vida sehingga didakwa sebagai pasangan kekasih.
Sementara itu, Iqbal menafikan bahawa dia ingin mengambil kesempatan terhadap jutawan kosmetik itu.
“Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Datuk Seri Vida bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan. Buat apa nak larikan hartanya kerana akhirnya kita mati jua.
“Hidup kita bukanlah lama. Biarlah dicerca jika dengan cara itu mereka berasa tenang.
“Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal. Namun, soal hati dan perasaan itu dalam hati. Kita tidak boleh menafikan. Tidak pula cepat membuat keputusan.
“Saya pun fikir panjang, untuk keluarga dan terutamanya untuk kebahagiaan dia. Pihak keluarganya tidak menggalakkan kami berkahwin, bukan hanya dengan saya malah dengan mana-mana lelaki pun disebabkan serik tiga kali perceraian,” katanya yang sudah setahun bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan itu.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments