BURIRAM, THAILAND: Jurulatih Korea Utara, Jorn Andersen menjelaskan pasukannya kini berada pada landasan tepat untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 selepas menewaskan Malaysia 4-1 di Stadium I-Mobile, malam tadi.
Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Korea Utara ke atas Harimau Malaya selepas turut mencatat keputusan sama di stadium itu pada Jumaat lalu.
"Kami kini berada di kedudukan kedua dengan lapan mata dan berpeluang untuk melepasi pusingan akhir kelayakan.
"Kami juga mempunyai jumlah perbezaan jaringan yang cukup baik selepas dua kali menewaskan Malaysia dengan 4-1.
"Peluang kami untuk ke pusingan akhir Piala Asia mungkin lebih cerah jika Hong Kong tewas kepada Lubnan, esok," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
PEMAIN Korea Utara, Kim Yu Song (no 23) meraikan gol pertama ketika menewaskan Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019. - Foto Naim Mahamud / www.asiana.my
Mengulas mengenai persembahan pasukannya malam tadi, Andersen mengaku cukup berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan anak buahnya.
"Sudah pasti saya gembira dengan kemenangan ini. Kami mendapatkan empat gol dan selepas itu mengurangkan serangan.
"Apapun, perkara paling penting kami menang dan sedang menuju ke pusingan akhir," katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments