Tentera Turki dakwa bunuh 80 militan

ANKARA: Lebih 80 anggota pengganas didakwa terbunuh dalam serangan udara oleh pasukan keselamatan Turki di kubu kuat militan Kurdis di utara Iraq.

Menurut kenyataan pihak tentera, beberapa anggota pertubuhan pengganas turut tercedera dalam serangan itu.

Serangan berkenaan turut memusnahkan pusat perlindungan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), terowong dan tempat persembunyian, termasuk dua gudang penyimpanan peluru serta dua kenderaan bersenjata.

PKK melancarkan pemberontakan di Turki sejak 1984 dan disenarai hitam sebagai pertubuhan pengganas oleh beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) serta Turki sendiri.

Susulan kegagalan gencatan senjata selama dua tahun pada 2015, operasi ketenteraan Turki ke atas PKK kembali giat dijalankan di tenggara negara itu.

Turki juga sering melancarkan serangan udara terhadap PKK yang menguasai pergunungan Qandil di Iraq.

Bulan lalu, empat anggota tentera Turki terbunuh di utara Iraq dalam dua serangan berasingan, dipercayai dilakukan PKK. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments