IPOH: Universiti Sydney menguasai Debat Jemputan Keamanan Universiti Dunia Quest International University Perak (QUIP WUPID 2017), yang berakhir malam ini.
Selain dinobatkan sebagai pasukan terbaik, wakil universiti itu, James Picano, turut dipilih sebagai pendebat terbaik.
Kejuaraan itu melayakkan University Sydney yang turut diwakili Clyde Welch membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
Turut bersaing pada pertandingan akhir itu adalah
Universiti Oxford, yang diwakili Loius Collier dan Tan Teck Wei; London School of Economics (LSE) dengan pendebat Razzaq Fazaik dan Sarah Tay, serta National University of Singapore (NUS), yang diwakili Colin Wu dan Lucas Li.
Empat universiti itu adalah antara 40 pasukan yang menyertai pertandingan itu, termasuk lapan universiti dan kolej tempatan.
Pertandingan akhir itu dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Majlis QUIP, yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Quest International Group, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
Dalam ucapannya, beliau berkata, debat adalah alatan penting dalam melaksanakan inovasi dan ia jelas terbukti menjadi antara elemen terpenting untuk merangka dasar serta membuat keputusan.
"Debat memainkan peranan penting dalam usaha Malaysia menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
"Ia bukan hanya membangkitkan keberkesanan secara keseluruhan, malah meningkatkan produktiviti negara, selain memelihara moral dan etika dalam masyarakat," katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments