Patung arca pemain-pemain bola sepak dunia dibina bagi menghargai serta memperingati jasa-jasa mereka. Selain dari Cristiano Ronaldo, terdapat juga patung pemain-pemain lain seperti Lionel Messi, Samuel Eto’o, Alexis Sabches dan terbaru, Diego Maradona.
Tapi yang kelakarnya ada sesetengah patung yang dihasilkan mengundang kecaman netizen, termasuklah patung baru Diego Maradona.
Lihat 5 senarai patung yang menjadi bahan ejekan ramai.
Diego Maradona
Patung pemain lagenda Argentina iaitu Diego Maradona ini menjadi kecaman selepas dipertontonkan di Kolkata, India. Patung gangsa berukuran 12 kaki ini diinspirasi dari kejuaraan Piala Dunia 1986.
Cristiano Ronaldo
Patung kepala Cristiano Ronaldo terletak di Cristiano Ronaldo International Airport, dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Madeira. Patung kepala Ronaldo ini mengundang netizen membuat photoshop battle terhadap patung berkenaan terutamanya di laman Twitter.
Sameul Eto’o
Patung Samuel Eto’o ini terletak di kota Doula, Kamerun. Patung dikatakan langsung tak sama dengan wajah sebenar pemain itu. Keadaan patung ini juga dikatakan dalam keadaan yang menyedihkan kerana kepalanya telah hilang.
Alexis Sanches
Kejayaan Alexis Sanchez membawa Chile ke juara Copa America dengan mengalahkan Argentina menjadikannya idola penduduk tempatan.
Patung Sanchez ini dibina sebagai tanda penghargaan jasa pemain itu. Naum selepas ianya ditunjukkan buat kali pertama, orang ramai dikatakan tidak berpuas hati dengan rupa bentuk patung tersebut.
Sumber: Bola & Vocket
0 Comments