RAKYAT Malaysia sememangnya dikenali cukup kreatif dalam mencipta pelbagai frasa dengan
elemen humor yang tersendiri.Antara frasa yang popular dan kerap digunakan, khususnya oleh anak-anak muda, adalah ‘gerak lu pape roger’ yang boleh diterjemahkan sebagai ‘saya pergi dulu, kalau ada apa-apa boleh hubungi’.
hey Malaysia.
— Danny Malaysia (@BumpTime247) December 8, 2017
Netizen dari Malaysia kemudiannya melihat ia satu peluang untuk mengajar satu dua perkara kepada Danny mengenai negara ini.
Antaranya adalah penggunaan frasa-frasa yang mencuit hati.
Danny kemudiannya memuat naik satu video yang memaparkan dia menggunakan frasa ‘gerak lu, pape roger’ dengan rakan-rakannya.
Selepas beberapa hari, video itu telah menerima lebih 39,000 retweet dan lebih 18,000 likes.
Bukan itu sahaja, Danny juga menggunakan terma ‘merecik’ sebagai ganti frasa it’s lit dalam bahasa Inggeris.
Lebih menarik, Danny telah menukar nama akaun Twitternya kepada Danny Malaysia.
Dalam beberapa status yang dimuat naik Danny selepas itu, dia berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu mempopularkannya di laman sosial, malah turut membuat perancangan untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat.
terima kasih kerana semua cinta my malaysian mahomies!!!
Gerak Lu Pape Roger!!!🔛🤙🏽— Danny Malaysia (@BumpTime247) December 9, 2017
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments