KUALA LUMPUR: Syarikat Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) perlu dengan serta-merta memastikan kakitangan syarikat tersebut hanya terdiri daripada individu yang beragama Islam.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dalam satu kenyataan, berkata keputusan tersebut diambil bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam.
"Susulan pelancarannya hari ini, pelbagai reaksi diterima oleh MOTAC terhadap inisiatif tersebut.
"Dalam hal ini, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warga negara Malaysia beragama Islam, manakala pemegang saham syarikat adalah daripada warga negara Malaysia beragama Islam dan syarikat tempatan," katanya.
IMAMS yang dilancarkan hari ini, adalah akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
Sementara itu, MOTAC juga menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai IMAMS.
"Mereka juga perlu tahu hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan sebanyak RM90.10," katanya. - BERNAMA
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments