Kisah Cikgu Azizan tarik perhatian

Foto Rohani Alam Shah.

SHAH ALAM: Sejak beberapa hari lalu, tular di Facebook mengenai kisah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sebuah sekolah di Seremban dikenali sebagai Cikgu Azizan yang dihadapkan ke mahkamah kerana tegas dalam isu disiplin murid.

Difahamkan, dakwaan ke atasnya dibuat pihak ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap Cikgu Azizan mengenakan tindakan tegas kepada anak mereka yang dikatakan terlibat masalah disiplin di sekolah.

Kisah Cikgu Azizan ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberi sokongan terhadapnya sekali gus mewujudkan tanda pagar #pray4cikguazizan.

Pada masa sama, netizen turut menolak tindakan ibu bapa itu didakwa cuba mengheret dan memperbesarkan perkara yang boleh diselesaikan dengan cara lebih baik tanpa melibatkan pihak mahkamah.

Terdapat juga pihak berkongsi kronologi kisah Cikgu Azizan serta tarikh perbicaraan pada 19 Disember.

Selain netizen, perkara ini turut mendapat perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak mengesahkan pihaknya turut menyatakan sokongan terhadap Cikgu Azizan yang terpaksa berdepan pendakwaan itu.

“Kes ini masih dalam perbicaraan, jadi kita tak mahu buat kenyataan mengenai kes ini lagi buat masa ini.

“Tapi kita cuba menyatakan sokongan kepada seorang guru yang berperanan untuk mendisiplinkan murid. Tapi itu tidak bermakna kami menyokong beliau berbuat salah atau sebaliknya, tapi untuk beri sokongan moral,” ujarnya pada Ahad.

Katanya, terdapat segelintir ibu bapa kurang memahami peranan guru dalam membentuk disiplin murid adalah antara penyebab situasi seperti ini berlaku.

“Ada segelintir ibu bapa yang kurang memahami sehingga membawa kes ke mahkamah padahal ia boleh di selesaikan di peringkat sekolah sahaja,” katanya. – Mstar

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments