Lancar Tabung Aman Palestin Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri hari ini melancarkan Tabung Aman Palestin Terengganu bertujuan mengutip dana untuk membantu rakyat Palestin.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri menyumbangkan RM500,000 untuk tabung itu.

Katanya, ia juga sebagai simbol soladiriti kepada penduduk Palestin membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, baru baru ini.

"Hari ini kerajaan negeri mulakan sumbangan dengan RM500,000 dan kita akan panjangkan kepada setiap jabatan dan agensi kerajaan, selain sektor swasta dan persendirian daripada seluruh negeri.

"Kita akan membantu sedaya upaya bagi memastikan hak rakyat Palestin dikembalikan. Saya meminta masyarakat memberi sumbangan tidak kira kecil atau besar tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan latar belakang agama," katanya selepas melancarkan tabung berkenaan di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Ahmad Razif berkata, wang yang sudah dikumpul akan disalurkan segera kepada Aman Palestin untuk membantu rakyat Palestin.

Sumbangan itu untuk menampung kos rawatan penduduk Palestin yang cedera akibat serangan tentera zionis Israel dan membina semula bangunan yang dibom seperti hospital.

"Kita tidak menetapkan sebarang had masa dan semua pihak boleh menyalurkan dana selagi tabung ini diaktifkan," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments