Menang iPhone X jika bayar balik pinjaman PTPTN

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Telefon Apple iPhone X atau Huawei P10 akan menjadi milik anda jika berjaya melangsaikan tunggakan pinjaman pelajaran.

Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan 20 telefon itu sebagai hadiah cabutan bertuah sempena 20 tahun penubuhannya.

Tabung pinjaman pendidikan terbesar itu menawarkan promosi “bayar dan menang” kepada setiap RM1,000 bayaran balik pinjaman.

Tawaran sebuah iPhone X dan 19 model P10 sah hingga 31 Disember ini. Model iPhone X di pasaran berharga RM5,149, sementara P10 pula RM2,499.

PTPTN terus menggiatkan kempennya untuk memastikan semua peminjam yang culas membayar berbuat demikian, termasuk menyekat mereka ke luar negara. – MMO

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments