Pesawat ringan terhempas di Kanada

VANCOUVER: Sebuah kapal terbang ringan membawa 22 penumpang dan tiga anak kapal terhempas selepas berlepas dari wilayah Saskatchewan, Kanada, kata polis.

Polis DiRaja Kanada (RCMP) mengesahkan beberapa penumpang mengalami kecederaan serius dan memerlukan bantuan ambulans udara.

Pesawat ATR-42 milik syarikat The West Wind Aviaton terhempas dekat Lapangan Terbang Fond-du-Lac kira-kira jam 6.15 petang waktu tempatan.

Menurut polis tidak berlaku sebarang letupan atau kebakaran ketika pesawat malang itu terhempas.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada bakal menyiasat punca kemalangan itu. - Reuters



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments