Russia bina loji nuklear pertama Mesir

KAHERAH: Mesir dan Russia menandatangani kontrak akhir untuk pembinaan loji nuklear pertama Mesir, hari ini ketika lawatan Presiden Vladimir Putin ke Kaherah.

Kontrak untuk membina loji di Dabaa di pesisir Mediterranean negara itu dimeterai pada satu majlis dihadiri pemimpin Russia dan Presiden Abdel Fattah al-Sisi, yang disiarkan secara langsung stesen televisyen kerajaan Mesir.

Kontrak itu ditandatangani Ketua syarikat nuklear kerajaan Russia, Rosatom, Alexei Likhachev dan Menteri Tenaga Boleh Diperbaharui Mesir, Mohamed Shaker.

Media Mesir melaporkan kos pembinaan loji itu adalah kira-kira AS$30 bilion (RM122.15 bilion).

Kedua-dua negara itu memeterai dua perjanjian pada November 2015 dengan Russia memainkan peranan sebagai pembiaya dan pembina loji terbabit, yang mempunyai empat reaktor berkapasiti 1,200 megawatt di Dabaa. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments