Dengan teknologi dan sains, gam khas untuk menyambung luka pada kulit dan organ dalaman yang dikenali dengan nama MeTro telahpun dicipta.
Gam ini dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik daripada University of Sydney dan di Amerika Syarikat.
MeTro, bersifat kenyal serta mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ia juga dikatakan telah berjaya menyambungkan luka pada arteri jantung dan paru-paru tikus makmal.
MeTro boleh menyambung luka yang terpotong dengan kehadiran sinar UV, dan dicipta dengan sejenis protin enzime yang boleh terdegradasi dalam badan dengan selamat, tanpa sebarang kesan toksik.
Sumber
0 Comments