Tahukah anda terdapat sebuah gua yang diterangi dengan kilauan bintang di dalamnya? Gua unik ini terletak di Waitomo di North Island Selandia Baru.
Kilauan bintang kebiasaannya dilihat melalui hamparan langit gelap, bukannya di dalam gua seperti ini.
Difahamkan, cahaya cantik yang dilihat di dalam gua tersebut sebenarnya berasal dari cacing-cacing bercahaya yang hidup di dalam gua tersebut.
Cacing bercahaya atau nama saintifiknya, Arachnocampa Luminosi adalah makhluk kecil yang menghasilkan cahaya biru-biru kehijauan yang hanya ditemui di Selandia Baru.
Gua Waitomo ini pertama kali dieksplorasi pada tahun 1887 oleh ketua suku Maori iaitu Tane Tinorau bersama seorang juruukur berbangsa Inggeris iaitu Fred Mace.
Penduduk tempatan mengetahui tentang kewujudan gua unik namun mereka tidak menerokai gua itu seperti Fred dan Tane lakukan. Semakin dalam Fred dan Tane menerokai gua itu, semakin mereka kagum dengan kecantikkan serta keunikkan gua itu.
Pada tahun 1889, Tane Tinorau telah membuka gua tersebut untuk pelancong. Tane dan isteri akan membawa pelancong untuk melihat keindahan gua tersebut dengan bayaran yang murah. Namun, pada tahun 1906, pentadbiran gua tersebut diambil oleh kerajaan. Tane dan Fred Mace turut menerima bayaran dari pendapatan serta keuntungan yang diperolehi gua tersebut.
Sumber: Liputan 6
0 Comments