Hasrat bekas pengendali kelab JDT, Mario Gomez untuk membawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke muka pengadilan disambut dengan berlapang dada.
Malah Tunku Ismail yang juga pemilik skuad Harimau Selatan mencabar jurulatih dari Argentina itu supaya berusaha membawa beliau ke mahkamah.
“Teruskan usaha, Mario… $$$, sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin merasainya,” kata presiden FAM itu dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Mario dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang pengurusan JDT melalui Tunku Ismail yang didakwa enggan membayar tunggakan gajinya.
“Kami akan berjumpa di mahkamah tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membayar gaji saya.
“Peguam dan saya sedang membentangkan kes ke Fifa,” katanya dipetik sebagai berkata.
Sebelum ini, Gomez yang kini dilamar kelab dari Indonesia, Persib Bandung menggesa JDT untuk mencari penyelesaian segera untuk menyelesaikan gajinya tidak dibayar atau dia akan terpaksa mengambil tindakan undang-undang.
image: http://ift.tt/2inRMRQ
Read more at http://ift.tt/2jSFXUe
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments