2 penjawat awam ditahan minta rasuah baju Harley Davidson

ALOR SETAR 25 Jan. – Dua penjawat awam termasuk seorang penolong pegawai undang-undang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Langkawi, semalam bagi membantu siasatan meminta dan menerima suapan bagi melancarkan proses permohonan tanah di Langkawi.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, kedua-dua lelaki masing-masing berumur 31 dan 30 tahun itu disiasat selepas dikatakan meminta dan menerima dua helai kameja T berjenama Harley Davidson berjumlah RM456.03 untuk tujuan tersebut.

“SPRM menahan lelaki yang bekerja sebagai penolong pegawai undang-undang dan pembantu operasi itu pada kira-kira pukul 2.28 petang, semalam di sebuah restoran di Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Langkawi, Langkawi untuk mendapatkan permohonan reman pagi ini.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments