AS ambil alih kuasa Assad - Tillerson

WASHINGTON: Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) akan kekal berada di Syria untuk memerangi kumpulan militan dan mengambil alih kuasa pemerintahan Presiden Bashar al-Assad serta rakan sekutunya, Iran.

Setiausaha Negara, Rex Tillerson ketika menegaskan perkara itu berkata, AS memiliki strategi untuk membantu mengakhiri kemelut perang saudara selama tujuh tahun di Syria.

Sebahagian besar daripada misi itu ialah menghapuskan kewujudan militan Daesh dan menyekat mereka dari kembali ke negara berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, usaha memerangi Daesh itu adalah bagi memastikan Syria berada dalam keadaan stabil untuk membantu melicinkan proses pengambilalihan kuasa dari Assad dan seterusnya menyingkirkan pengaruh Iran.

"Pengunduran sepenuhnya pasukan AS dari Syria hanya akan membolehkan Assad terus bertindak kejam ke atas rakyatnya.

"Individu yang membunuh rakyatnya sendiri tidak akan mampu mendapat kepercayaan orang ramai bagi mewujudkan kestabilan jangka panjang," katanya ketika berucap di Universiti Stanford di sini.

Kestabilan dan keamanan di Syria jelas beliau, hanya akan mampu diwujudkan jika Assad tidak lagi memegang tampuk pemerintahan.

AS sehingga kini menghantar kira-kira 2,000 anggota tentera darat dan pasukan udara ke timur Syria bagi memburu saki baki militan Daesh. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments