Dalang pecah mesin syiling dobi ditahan

MELAKA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam 11 kes pecah mesin syiling dobi layan diri di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, sejak tiga minggu lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.40 petang semalam, selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan bersama seorang lelaki berdekatan sebuah kereta di kawasan Sungai Udang di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata susulan tangkapan itu, polis merampas perkakasan antaranya pemotong wayar, pemutar skru dan batang besi dipercayai digunakan untuk memecahkan mesin berkenaan.

"Polis percaya suspek terbabit dalam 11 kes pecah mesin syiling layan diri di enam premis berasingan sekitar daerah ini sejak tiga minggu lalu.

"Suspek dipercayai melakukan kegiatan jenayah itu seorang diri berdasarkan siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika dihubungi di sini, hari.

Afzanizar berkata, pemeriksaan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lalu berkaitan dadah dan direman empat hari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments