Gadis Nak Kahwin Dengan Game Tetris Lepas Hubungan Dengan Kalkulator Gagal

Seorang gadis berusia 20 tahun dari Orlando, Florida telah mengumumkan ingin berkahwin bersama permainan video Tetris, selepas hubungan sebelum ini bersama Piere, sebuah kalkulator, gagal.

Noorul Mahjabeen Hassan memberitahu Metro bahawa hubunganya bersama permainan video Tetris mula wujud pada September 2016 yang lepas, selepas mendengar bunyi lagu tema Tetris.

Noorul mula jatuh cinta dengan permainan tersebut selepas hubungannya bersama Piere, sebuah kalkulator gagal kerana kalkulator tersebut terjatuh ketika Noorul sedang membersihkan rumah.

Sebelum ini Noorul pernah juga bercinta dengan iPod dan monorail.

Sumber: METRO

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments