TERBAIK… Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian mengagumkan dalam masa yang singkat sejak tahun 2013.
Ia menerima pengiktirafan tersebut setelah beraksi cemerlang dengan mengukir nama atas kejayaan sebagai pasukan bola sepak pertama dari rantau Asia Tenggara yang muncul memenangi Piala AFC pada tahun 2015 lalu.
JDT bahkan menjadi pasukan pertama cipta sejarah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan Liga Super sepanjang musim 2016, menurut kenyataan JDT dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
Selain itu, pengiktirafan tersebut juga diberi atas pencapaian sebagai pasukan pertama dalam negara yang memenangi kejuaraan Liga Super selama empat musim berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.
Pengiktirafan MBOR kepada JDT itu juga diberi kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin di sini sepanjang lima musim berturut-turut bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.
Ditubuh sejak 1972 dengan nama asal PKENJ FC sebelum diubah kepada Johor FC pada 1996 menggunakan gelaran skuad Jengking pula dan kemudian JDT mulai 2012 sebagai Harimau Selatan menerusi slogan Luaskan Kuasamu.
Sijil MBOR itu diserahkan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christoper Wong kepada Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu majlis penyerahan rasmi di Hotel Thistle, Johor Bahru, pada Rabu.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee dihantar berkursus di Sepanyol pada Mac ini.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments